Kisah tragis seorang budak semasa Raya Haji 13 tahun yang lalu | Blog @thesharkox

Kisah tragis seorang budak semasa Raya Haji 13 tahun yang lalu


Hoihoi..
Selamat Hari Raya Haji tahun 2010 mengikut kalender Gregorian. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat duit raya haji? Eh, ada ke orang bagi duit raya haji? Ok, tukar soalan. Amacam Raya Haji korang? Banyak dapat daging korban percuma? Dah dapat tu korang nak buat lauk apa? Aku cadangkan korang buat daging masak kurma. Lepas tu silalah hantar ke rumah makcik aku kat Alor Setar tu ye. Terima Kasih banyak-banyak. 

Lepas sembahyang raya tadi, apa yang korang buat time raya haji biasanya? Kalau balik-balik terus baca blog sampah-merapu ini, takpe.  Tapi lepas baca tu, jangan lupa tinggalkan komen. Nak tinggalkan duit pun bolehhh..Lepas tu terus tolong mak korang ye. Tak pun tolong pergi ke masjid. Tolong pergi melapah daging. Tak kiralah daging lembu ke, kambing ke, unta hatta zirafah sekalipun. 

Oh, bercakap pasal melapah daging pada hari raya haji ni, teringat satu cerita masa aku raya haji time kecik-kecik dulu. Ceritanya berkaitan seorang budak yang 1st time dalam hidupnya pergi tengok orang sembelih lembu korban. Masa tu budak tu umur dia 11 tahun. Baru darjah 5. 

Lepas sembahyang raya, dia punyalah beria cakap kat bapak dia yang dia nak pergi tengok orang sembelih lembu. Bapak dia bagi la green light. "Ha, kau pergilah tengok. Jangan tak balik rumah sudah." kata bapak budak tu.  Dia punyalah seronok bapak dia bagi greenlight. Dia pun pergilah ajak adik-adik dia dengan sepupu-sepupu dia sekali. Beria sungguh budak tu.



Dia rasa seronok mula-mula. Yelah. Seronoklah tengok lembu tu kena ikat kat pokok kelapa sambil terberak-berak pasal risau nak kena sembelih. Saat yang di nanti-nantikan tiba. Bila tok mudim imam letak ajer pisau kat tengkuk lembu tu, budak rasa seronok. Excited nak tengok macam mana lembu kena sembelih.  Tapi bila tok imam tu dengan selamba kodok memotong tengkuk lembu tu, budak tu dah rasa lain macam. Dia dah rasa cuak. Muka terus pucat lesi macam muka Edward Cullen dalam cerita Twillight 

Sampai ajer tang tengkuk lembu tu dah nak terputus dari badan (tang ni memang legend), terus budak tu belah dari kawasan tu. Tak mampu dah nak tengok. Terus dia balik rumah dalam keadaan terhoyong hayang macam orang mabuk. Pandangan dia mula kelam. Warna rumput dari warna hijau, bertukar menjadi warna hijau kehitaman. Macam visual TV rosak . Sampai rumah, dia PITAM..Harharhar..Padan muka budak tu. Pitam terus kot. Black out. Disconnect. 

Bila di tanya, apa pasal tengok lembu kena sembelih pun boleh pitam? Dia kata "Tak tahan tengok darah banyak sangat. Nampak 'paip' keluarkan banyak darah dari tengkuk lembu tu. Tak tahan dengar bunyi lembu tu mengerang Ah ah ah ah ah .." (eh, itu bukan lembu mengerang tu) dan tak tahan dengan bau hanyir darah. Kena gelak kaw2 secara berjemaah budak tu waktu Hari Raya Haji tahun tersebut pasal takut darah. Tragis kan??

Sampai ke hari ni budak tu tak pernah pergi dah tengok lembu kena sembelih. Jangan kata lembu, latihan amali subjek Pendidikan Islam sembelih burung puyuh kat sekolah dulu pun dia tak pergi . That's the 1st and last time. Serius sheet HORROR katanya! 

Oh, lupa nak bagitau. Budak tu adalah aku..

Harharhar

Cheers
Selamat Hari Raya Qurban


p/s: Paip tu ialah trakea lembu tu. 


+Picture Credited to

28 comments:

JRY The Boonto said... [Reply to comment]

haha... kepala lutut lembu2 skrg smua tgh tketar2 kot. bro takut darah ke? warna header tu patut tukar ke warna hijau la.

haha slamt hari raya bro!

fya zainal said... [Reply to comment]

hahahhaha..
aku pun sama x thn tgk darah
pernah skali jha tgk kambing kena sembelih
masa kenduri akikah
pastu sudah xmau tgk hahah
dgr pun tak mau haha
selamat ari raya..

Hana Isya said... [Reply to comment]

Ha3..
Apalah...darah pun takut ke? Selamat Hari Raya jugak :p

noorafzan.blogspot.com said... [Reply to comment]

raya lepak umah sudaa..
esok keje dah.

pawaka19 said... [Reply to comment]

kesian2..xpelah minum sirap jelah.Biasalah manusia tak semua sempurna..masing2 ada kelebihan dan kelemahan

Rina Rossoneri said... [Reply to comment]

hahaha dah agak budak tu mesti kamu..
lauk dah habis pun melantak hehehe

bigdot82 said... [Reply to comment]

Selamat hari Raya Aidiladha

zikeryhassan said... [Reply to comment]

aku pun tak boleh tengok darah yang banyak. loya tekak.

btw, lauk pauk kat umah still ada lagi. mai la datang kajang. ahaha.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

The Sharkox said... [Reply to comment]

@JRY:Mana boleh broo...hijau tu dauspozi boleh lah..hahaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@fya zainal: HAHAHAHA...sama!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@pawaka19: EH, kedah cuti 4 hari straight u know...hehe

@Rosso: Baru nak pergi cari lauk

@Pawaka: Sirap??? Tak cukup

@ Kuan: Selamat bangun dari tidur..haha

syahrilhafiz said... [Reply to comment]

erk...haha!
salam aidiladha bro..

birakbatu said... [Reply to comment]

sampai terbirak lembu2 itu.. hahahaa

Selamat hari raya korban buat hang sharkox :D

iSmAiL sAllEh said... [Reply to comment]

Bukan lembu je pitam budak tu...time tingkatan 3 nak kene cucuk pun dia pitam...... pastu boleh cover2 lagi....

The Sharkox said... [Reply to comment]

@iSmAiL sAllEh: Hoi mael...siapa budak yang terpitam2 time kena cucuk tu yang siap2 cover2 lagi?? BUKAN AKU KAN????

hahaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@birakbatu: Haha..betul..tak tipula birakbatu

Unknown said... [Reply to comment]

ceh!!! takut darah rupanya kau...haha...

Selamat Hari Raya.....=)

Anonymous said... [Reply to comment]

hahaha~ cian dak tu. tp baguih dia tu. ngeee

peaqour said... [Reply to comment]

assalamualaikum sharkox...

mekasih melawat blog aku... blog ko mmg best... kena slalu melawat gak ni... thanx again...

The Sharkox said... [Reply to comment]

@peaqour: Sama2 bro..

dakpipimerah said... [Reply to comment]

selamat hari raye korban!

Cikbelog said... [Reply to comment]

hahaha lawak la..adik aku rilek je tengok orang sembleh lembu..hahaaha..papepun, selamat hari raya ya :D

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Cikbelog: Ah, dia berhati waja bolehlah tengok...hehe

Unknown said... [Reply to comment]

ekceli aku dah agak dah yg budak tu kau..
har har....
ape da...

Db Cooper said... [Reply to comment]

gua da kompius da nie, macam mane lu tau name btol gua nie?

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Azmi: ramai dah agak dah..hehe

Mohd Shahrul Hafizi said... [Reply to comment]

Hahaha. Di awal cerita tu pun ko dah memang bagitahu tu adalah ko. Sampai sekarang ke ko takut darah?

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Mohd Shahrul Hafizi: Sampai sekarang dan sampai bila2 aku takut..haha

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...