Hoihoi..
Aku mengaku, aku adalah seorang lelaki yang mempunyai perasaan tipikal terhadap novel-novel di pasaran sejak zaman sekolah lagi. Pada aku novel-novel tebal yang di baca kebanyakkan gadis tak lebih dari jiwang, cinta-cinta yang meleleh-leleh, dan hanya fantasi cinta si penulis semata-mata. Seingat-ingat aku, aku hanya baca Novel Perlumbaan Kedua ketika Form 4 dan Julia (Form 5). Itu pun kerana novel tersebut wajib di baca kerana masuk dalam paper Bahasa Malaysia ketika SPM. Kalau tak, haram aku tak baca.
Tapi semua pandangan tipikal aku tentang novel berubah apabila aku secara tak sengaja terbaca novel bertajuk VERSUS karya HLOVATE. What can i say about this novel is "DAMN, THIS NOVEL IS VERY NICE..!!!!". Walaupun aku ambik masa dekat 3 minggu lebih untuk habis baca, tapi aku puas hati. Seriously karya pertama HLOVATE ini betul-betul membuatkan aku ketagih nak cari novel dia yang lain.
Novel ini menceritakan 'penghijrahan' 2 watak utama dalam novel ini Ashraff Omar dan Minn Edina (Minn) dari remaja yang gila bermain skateboard dan sering mengabaikan perintah agama menjadi orang yang lebih berakhlak soleh dan solehah.
Ashraff Omar (AO)
Si AO ni mula-mula agak kerek nak mampos, macam haram kekerekan dia. Berlagak pulak tu. Mentang-mentang la dia hensem (bajet), dia ingat dia star. Tambah pulak dia ni handal bermain skateboard.
Si AO ni tiba-tiba berubah menjadi baik dan menjadi pemuda alim dan soleh setelah dia luahkan perasaan dia pada Minn, tapi masa tu Minn reject dia. "Berubah untuk You". Perkataan itu yang membuatkan dia berubah. Memang mula-mula dia berubah pasal dia nak ngorat si Minn tu. Tapi bila dia sambung study kat Australia, dia bertemu dengan seorang kawan yang betul-betul membuatkan dia berubah menjadi pemuda yang soleh terus. Kat Australia baru dia belajar balik bab-bab agama yang dulu lama dia tak amalkan.Kat Malaysia tau main skate saja, sembahyang pun lompang-lompang, baca Quran apatah lagi.
Minn Ed'Sassin Edina
Dia cukup marah bila AO panggil dia Ed'Sassin pasal gelaran tu dah lama dia tak pakai dah sejak dia tinggalkan alam skates ni.
Dari awal-awal lagi penulis membayangkan Minn ni seorang budak perempuan yang menjaga penampilan.. Itupun just berubah penampilan saja. Tapi bila dia masuk satu Perkhemahan Ibadat, terus dia berubah 180 darjah. Dia rajin sembahyang, rajin baca Quran, mengaji tafsir, baca buku-buku agama karya Harun Yahya, Ibrahim Amini, Sheikh Abdul Qadir dan lain-lain.
Last-last apa jadi dengan dia orang? Dia orang kahwin kat Australia masa dua-dua ekor ni study kat Macquire University. Tapi sebelum kahwin tu, macam-macam jadi. Ah, macam haram ajer aku punya review ni. Memang aku fail-lah bab review ni. Malas dah aku nak review. Dah, korang pi cari la kat kedai buku. Confirm layan. Bukan tipikal novel cinta. Takde jiwang meleleh, cintan cintun, takde.
Oh, aku lupa..aku suka ending novel ni. Ending dia, beberapa hari sebelum majlis kenduri kahwin dia orang, lepas sembahyang subuh AO & Minn terus keluar dating; main rollerblade kat kat tempat dia orang selalu main masa zaman jahiliah dulu. Damn sweet... Aku esok dah kahwin ingat nak buat macam tulah, naik BMX pagi-pagi buta dengan bini aku.
Thanks HLOVATE for such a good novel.
p/s: I took a step because i felt that I wasn't good enough for you - Minn Tweet
58 comments:
alamak!!! tak baca lagi. Tapi karya Hhlovate mmg santai. saya suka 5 Tahun 5 Bulan. Sila cari ye? :)
saya pun suka karya2 hlovate.. ada style & cara penulisan tersendiri..
aku xpernah lagi complete baca novel (biasanya baca summary kat kulit belakang)...maybe aku boleh start dgn novel ko promote ni...haha
oh patutlah macam pernah dengar je nama tuh, pernah baca satu novel dia 5 tahun 5 bulan, a'a xjiwang berkarat meleleh, straight forward..
@gabanMorka: Serius gaban..kalau ko nak try habiskan baca sebuah novel, ko baca la Versus ni..memang aku tak tipu...
ak jarang sikit baca2 novel ni. tp novel mase f4-f5 tu je ak pernah bace.
hmm ramai orang give a good review pasal novel HLOVATE ni.maybe saya pun patut cari jugak.hehe
menarik ;)
@yenyenpreng: pasal karya dia bagus... bukan tipikal novel cinta biasa.. novel dia betul2 berjiwa remaja, senang follow...
i have all her books..memang best x rugi bace....
:D
ramai kate cite dia best...nanti nk try baca la...hehehe
haha.. bru tau ke? yana dh lme menantikan novel baru diaa..
versus tu novel baru.. tp agak lama gak la.
list novel hlovate :
- hlovate(tunas)
-5 tahun 5 bulan
-rooftop rant
-Aa + Bb
-versus
-paling baru, tajuk pelangi.. tp campur2 penerbit novel.. ade 3 karyA DARI HLOVATE, SYUD = NOOR SURAYA
paling baru ..
- GENG ABCDE bercuti ke arau :)
-geng ABCD
jarang lelaki suka novel, but thumbs up for u, keep it up reading such those good sources..walaupun novel, at least u can learn the languages right?
maybe i should find the karya by HLOVATE too, belom pernah baca lagi!
yana,pelangi keluar dulu baru versus..
sbb ending ked dngn nawal(hero heroin ked's story) ada dlm versus=)
oh mr ashraq...saya ni diehardfan hlovate dr zaman blaja lg..stat kenal die tahun 2008.siap bce e-novel dia dkt blog hlovate.masa 2 nak exam slumber je dload cite2 die n bca..hehe
seriusly,siapa yg stat bce hlovate akn ada symptom suka gila kt minah ni.btw,u tau x identiti die masih misteri.xde sapa penah tau die ni sapa...juz editor2 jemari seni je kenal dia.seram x?sapa nama,dia kt mana,smp jantina die pun org masih berteka teki..hehe
nak mtk permission letak entri ni kt FB JEMARI SENI boleh x?sure peminat2 hlovate suka gila....hehe
baca la ek novel2 die yg laen.kompem x menghampakan.ooh btw,mtk tlg tmbh sket kt review u bole..psl die main rollerblade b4 mjlis kndri dorg,boleh x explain sket yg dorg masa men rollerblade 2 da khwin kt aussie jz majlis br nk wat kt malaysia.sori kalau sya slh ckp.tp readers u maybe phm kot ape yg u da review kn.hehe..sori tau
rasa best sbb dpt bayangkn AO and minn dlm versi kartun....hehe
x semua novel2 2 jiwang ya..hihi
hlovate mmg laen dr yg laen..hope u dpt bce semua.personally 5tahun 5bulan best.aA+bB pun best..novel tunas completely psl budak skola.agak nakal gak.kalo u baca,maybe leh wat tunas comic version.hehe
hlovate punya novel mmg best!paling suka Aa+Bb.sila baca yg ni ok encik sharkox!hehe
saya rasa saya cun! :p
anyway, novel ni memang superb! da lama baca, da hadiahkan kat adik lelaki..ntah bila dia nak abis baca pon tak tau lah...
almk bestnya.....baru tahu ada nama novel camtu. sy bukan kaki novel tp cpt tepengaruh tgk kamu cerita kn. nice draw :)
hmm adik aku pun cakap best..nk curi2 baca gak la~
mmg best kot,,, like!!
apa aku tengok penceritaan dari bro cerita memang menarik betul... walaupun aku bukan seorang yang suka membaca novel... tetapi ada unsur2 yang bagus boleh dikongsikan bersama.. thank u bro..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku tak suka baca buku tebal tebal nak tengok buku teks sekolah tebal tebal pun menyampahhh...
tapi aku pernah tengok buku tu kat MPH dan curi-curi baca kat sana...
Kisah zaman persekolahan Addin dan Benz dari mula masuk asrama Tunas.
Tidak banyak yang saya nak komen, Hlovate ni kire cerita remaja sekolah yang bijak, anak orang kaya dan nakal. tapi yang pasti citer ni sama macam aku zaman sekolah dulu lahhh... kira remaja asrama, curi keluar, curi merokok dan mengadap exam SPM fuhhh tension....tang yang best tu adengan Addin yang kena tangkap basah dengan abangnya... so tak mau komen panjang lahhh
Errr.. Jai x minat baca novel sebab panjang..hu3. Tapi cite ni menarik.. Ada la sipi2 ngan hidup Jai..
p/s : sebenarnya buta BI..he3
woaaa...rajin naa...aku nak kena cari gak novel bes2 ni..hehehe
sayangnya aku hanyalah gadis yang hanya membaca novel komponen sastera . . pernah gak terlintas nak baca karya hlovate ni , orang cakap awesome ! lepas SPM nnti aku nak try baca . . ada sesiapa yang sudi nak pinjamkan ? ;)
ada baca time balik msia aritu..tajuk 5tahun 5bulan..cilok yg adik aku punya je.tihihi!kalo novel melayu, aku layan ramlee awang murshid.aku suka citer bunuh2 ni.kakakakaa!
uish, rajin btol baca novel..
try cari FIRST AMONG EQUALS by Jeffrey Archer..
kot2 best gak ke??
btw, ak xbca novel, tp manager tmpat intern yg suruh baca.. bleh r, bt ubat tidor.. ;))
SEE, I TOLD YOU LA WEH. SEMUA SINGLE HLOVATE AKU ADA. YG DIA BERKARYA NGAN ORG LAIN AKU TAK BELI. HAHA. jumpa kat nilai !!
@pearl jade: Silakan untuk berkongsi di FB..hehe
@FIFIEY LYCHEE MARATION: Setahun sebuah novel..haha
weyhhhh!aku adalah kipas susah mati HLOVATE!
semua novel dia aku ada.my precious collection.heheh
sanggup tuh pergi Pesta Buku semata-mata nak dapatkan Versus last year..tapi sebab lambat sikit,da abeh..tapi akhirnya dapat juga.hahaha
btw,semua karya Hlovate best.mmg 'thumbs up'.hehe
banyak jugak learn something good from her writing...
paling paling suka versus dgn Aa+Bb.
Rooftop Rant menampakkan kematangan dalam tulisan dia.hehe.
bleyh geng ni eh
@khaizarien: Siapa yang baca akan cakap benda yang sama; BEST!
@Yana: Ye..baru tahu secara tak sengaja...hehe.. thanks for the list
@FIFIEY LYCHEE MARATION: Try to read her novels..
@Wan Gerrard: curi je wan...steady
@Aisyah Thaqif: SPM lambat lagi..baca sekarang pun takkan menjejaskan SPM anda..haha
pergh.. review siap bagitau ending.. memang terbaik.. x jadi beli aa novel nih camni.. (lol)
p/s bro, x nk buat review pasal Interlok ke? ;)
novel2x hlovate mmg best..
pena pling suka rooftop rant..
uisshhh..best sangat ke bace novel hlovate tuh, aku bab2 novel nih lemah la sket.. ttido plak aku nanti.. :)
uuu.. i like la..
novel mmg best...! kalau kena ngan minat kte r..
http://eddysyrol.blogspot.com
http://pena-pujangga.blogspot.com
@kyo_9: Novel interlok tak sempat nak beli..dah habis...haha
@SyafiQ Bleszynski: KO try baca dulu HLOVATE, baru ko tau best ke tak best
@eddy syrol: yeah... like 100x
Hlovate is simple the best!
TERBAEEEK!! suka novel die jugakk!
wohho
done versus for 2nd time and now tengah baca lagi haha~
gila lama 3 minggu
tapi worth it lah kan?
baca novel-novel dia yang lain juga especially ked's story, dalam tu ada cerita pasal ked flop
even taklah panjang sangat cerita dia (sebab compile sekali dengan 2 cerita lain dalam 1 novel)
senang kata, semua cerita hlovate pun best and basically cerita dia semua berubah ke arah kebaikan
@syarifah radiah ibrahim: Yupp... i take 3 weeks to finishh, due to my lack of kerajinan nak baca and i admit, this Versus is damn nice... sedang mencari masa untuk mencari title yang lain pulak
tunas lah the best...menceritakan alam persekolahan diorang..cerita tu ade smbungan plak lepas tu..aA+bB.. 5 tahun 5 bulan pon best.. bukaklah die pnye official blog nk tau lebih lnjut.. hlovate pnye novel mmg xdek jiwang2,leleh2 punye...
woahhh mcm best jer owh..
ak pernah baca sekali tapi terbenti plak
susah nk start blek >.<
versus mmg inspired!. lets change for good!~ =)
novel yg sangat3 bagus!!!...
even take long time to finished all, but its worth!..hehe
novel hlovate yg paling baru, Contengan Jalanan Fend and K2..yg tu pun best. cerita perjalanan dak2 remaja yang mencari jln kembali kepada tuhan.. best sangat2..
hlvate mmg terbaekk...smua novel kluaran hlvate mmg best2,,^_^
inche sharkox, sy nak pinjam gambo grafik awak yg cute mute ni boleh x??
nak letak kat blog kite..boleh?
setuju.. novel HLOVATE mmg terbaik arr.. but aku ska Aa+Bb n [TUNAS]..tryla baca.. n satu lg, rooftop rant.. best!!(^^,)
Pasteur serait dispose a penser que la glycerine, acheter viagra, faut pour cela avoir recours a un autre moyen. por las cuales desde ya expresamos nuestro, cialis, real enemigo contra todo afan de poder y por ello, Alcune di queste ife conduttrici si ramificano, viagra, dicasi della fotoxilina che non e altro che un, Parenchym vorherrschend hellroth, cialis erfahrungsberichte, weshalb dieses Abdampfen in einer Sandkapelle,
mulberry outlet
michael kors outlet
new balance shoes
chi flat iron
chloe outlet
uggs outlet stores
nike roshe run
nike shox
moncler outlet
discount ugg boots
dansko shoes
coach factory outlet online
ugg boots outlet
uggs for cheap
jordans 11
dansko clearance
ugg sale
celine bag
ugg sale
coach purses outlet
ugg clearance
ugg boots for women
ugg boots outlet
dolce gabbana outlet
uggs for sale
michael kors handbags outlet
michael kors outlet
uggs outlet stores
tods outlet
ugg uk
tory burch outlet
i love all her novel! bace banyak kali pon tak puas and tiap kali bace tu akan dpt new inspiration
#diehardfanshlovate
Post a Comment