Hoihoi..
Aku mengaku, aku adalah seorang lelaki yang mempunyai perasaan tipikal terhadap
novel-novel di pasaran sejak zaman sekolah lagi. Pada aku novel-novel tebal yang di baca kebanyakkan gadis tak lebih dari jiwang, cinta-cinta yang meleleh-leleh, dan hanya fantasi cinta si penulis semata-mata. Seingat-ingat aku, aku hanya baca Novel
Perlumbaan Kedua ketika Form 4 dan
Julia (Form 5). Itu pun kerana novel tersebut wajib di baca kerana masuk dalam paper Bahasa Malaysia ketika SPM. Kalau tak, haram aku tak baca.
Tapi semua pandangan tipikal aku tentang novel berubah apabila aku secara tak sengaja terbaca novel bertajuk VERSUS karya HLOVATE. What can i say about this novel is "DAMN, THIS NOVEL IS VERY NICE..!!!!". Walaupun aku ambik masa dekat 3 minggu lebih untuk habis baca, tapi aku puas hati. Seriously karya pertama HLOVATE ini betul-betul membuatkan aku ketagih nak cari novel dia yang lain.